17 May 2023

"PERKONGSIAN ANAK ZAINAL ITU BETUL" - SAUDARA TERDEKAT SAHKAN FYNA JEBAT SUDAH BERCERAI DUA MINGGU LALU



Rumah tangga penyanyi Fyna Jebat bersama bekas jurulatih bola sepak terkenal, Datuk Zainal Abidin Hassan dilaporkan telah runtuh apabila ia disahkan sendiri saudara terdekat Zainal Abidin yang memberitahu kedua-dua pasangan itu sudah bercerai sejak dua minggu yang lalu.
Menurutnya, punca penceraian pasangan itu adalah disebabkan tiada persefahaman antara Fyna dan isteri pertama Zainal Abidin, Datin Zalina Zaini.

"Apa yang dikongsikan anak Zainal itu boleh saya cakap betul. Mereka memang sudah bercerai dua minggu lalu. Punca cerai adalah disebabkan kedua-dua isteri Zainal itu mereka tidak ada persefahaman. Jadi mereka ambil keputusan untuk bercerai," ujarnya ketika dihubungi Arena Metro.

Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, hangat diperkatakan berkenaan penceraian Fyna apabila anak perempuan Zainal Abidin iaitu Zahira Aisyah dalam satu komen media sosial mendedahkan bahawa bapanya sudah menceraikan adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu.

Dalam kenyataan tersebut, Zahira mempertikaikan satu posting mengatakan Fyna Jebat serta isteri pertama Zainal Abidin, Zalina Zaini sudah berdamai kerana kelihatan mereka duduk semeja.

"Kenapa perlu post balik cerita 4 bulan yang lepas? Also, my mom did not (malah ibu saya tidak) 'berdamai' with anyone and this story is not true (dengan sesiapa dan cerita ini tidak betul).
"And for your information my dad has divorced fyna jebat (untuk makluman anda bapa saya sudah ceraikan Fyna Jebat. Mohon delete post ni, thank you (tolong padam ciapan ini, terima kasih)," tulisnya.

Menerusi Facebook pula, Zahira Aisyah juga memuat naik hantaran seakan memberikan bayangan perkara sebenar yang berlaku dan seakan-akan menggambarkan yang bapanya sudah membuat 'keputusan yang tepat' dan dia sekeluarga bersyukur dengan ujian ini.

Malah, dia menaruh harapan agar rumah tangga ibu bapanya semakin erat dan bertambah dengan kasih sayang serta ujian yang datang.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: