22 May 2023

LANGGAN PELAC*R LELAKI & MAK NYAH - PENGACARA LELAKI GEMAR BERPANTUN TAK BERUBAH?



Seorang pengacara lelaki yang didakwa sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak itu hangat diperkatakan semalam selepas didakwa masih tidak insaf apabila melakukan aktiviti tidak bermoral.
Pengacara ini yang juga didakwa pandai bercakap mengenai agama, berkongsi tips rumah tangga dan tips motivasi hidup itu ternyata mempunyai sisi jijik yang tidak disangka.

Menerusi laporan Utusan Online, selebriti itu didakwa pernah melanggan pelacur lelaki untuk memuaskan nafsu songsangnya.

Sumber cerita tersebut didakwa datangnya daripada salah seorang pelacur lelaki yang dilanggan oleh pengacara tersebut.

Bukan itu sahaja, malah keinginan seksual selebriti lelaki ini memang luar biasa apabila didakwa melanggan pelacur lelaki serta seorang mak nyah pada masa sama.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: