22 May 2023

MASUK HOSPITAL SELEPAS MUNTAH-MUNTAH - AIMAN TINO KENA DEMAM DENGGI



Pada awalnya hanya demam biasa, namun demam menjadi semakin serius pada hari keempat, sebelum penyanyi Aiman Tino, 25, disahkan menghidap demam denggi selepas menjalani rawatan di hospital, baru-baru ini.
"Pada hari kedua, saya okay pada waktu siang. Tapi, bila dah malam, keadaan makin teruk. Masuk hari keempat, demam saya makin berkurangan dan saya sambung menjalani penggambaran di set. Malamnya, saya muntah empat ke lima kali dan terus dikejarkan ke unit kecemasan.

"Selepas diperiksa, doktor maklumkan tekanan darah saya rendah dan perlu jalani ujian darah. Dari situlah saya dapat tahu, saya menghidap demam denggi," kata Aiman yang ditemani isteri, Che Syarah Haifa Che Isa, dimana dia turut dimaklumkan mengenai jangkitan di bahagian hati.

Klik untuk gambar besar

"Pada masa sama, ada jangkitan juga di bahagian hati. Tapi, doktor maklumkan, esok akan dijalankan pemeriksaan terperinci secara keseluruhan. Insya-Allah, semuanya okay.

"Doktor tak beritahu berapa hari saya perlu berada di hospital, tapi, dia memaklumkan bahawa kebiasaannya, pesakit demam denggi akan mengambil masa lebih kurang seminggu untuk pulih," tambahnya yang berada di Johor Bahru untuk menjalani penggambaran telefilem lakonannya, berjudul 'Kolej Puaka'.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: