"Ada orang, ada hari 'bodoh' dia. Sekarang, saya risau kalau anak saya, Leona ini, jenis yang 'bodoh' setiap hari."
Demikian tulis pelakon Azhar Sulaiman menerusi hantarannya di Facebook, dimana dia meluahkan kerisauannya terhadap tindakan anak gadisnya, Kasih Iris Leona yang kerap kali menimbulkan kontroversi di media sosial.
Leona yang juga YouTuber itu kerap kali terpalit dengan pelbagai kontroversi dan yang terbaharu, dikecam kerana berpakaian seksi.
"Apa saya pakai, tak beri kesan kepada sesiapa. Ini badan saya, ini pilihan saya, ini masalah saya dan tak ada kaitan dengan anda semua! Kalau anda tak suka apa yang anda lihat, jangan lihat! Sekat sahaja saya," tulisnya di Twitter.
Klik untuk gambar besar
No comments:
Post a Comment