05 June 2023

BILA ALYA IMAN SEMAKIN SEKSI, SIAP BERGELEK LAGI



Semua sedia maklum mengenai pelakon Alya Iman yang sebelum ini mengesahkan dirinya itu sudah tidak lagi bertudung selepas memuat naik gambarnya yang tampil mendedahkan rambut pada 1 Syawal lalu, dimana ia mengejutkan ramai pihak.
Menurut Alya, dia lega dapat menampilkan sisi sebenarnya dan enggan menipu di media sosial.

Terbaru, tular video pula di TikTok memaparkan anak bongsu kepada pelakon era 80an, Allahyarham Azmil Mustapha itu bersama rakannya sakan menari lagu 'Hips Don't Lie' nyanyian Shakira.

Klik untuk gambar besar
Namun apa yang mengejutkan, penampilan Alya yang dilihat semakin seksi apabila baju dipakainya dilihat ketat dan singkat, selain menampakkan perutnya.

Difahamkan, video tersebut dipercayai telah pun dipadam selepas menerima kecaman ramai.

Bagaimanapun, menerusi ruangan komen sebuah portal, ramai yang terkejut melihat penampilan pelakon itu selepas tidak lagi bertudung.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: