"Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba kereta saya dilanggar dari arah belakang... padahal jalan jem sangat-sangat pada waktu ini.. dan saya bawa perlahan sangat."
Itulah kata usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri yang berkongsikan detik cemas dimana kenderaan mewah jenis Mercedes Benz miliknya terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam.
Menerusi video yang dikongsikan di Instagram itu, Aliff memaklumkan, kereta dinaikinya itu dilanggar dari arah belakang oleh pemandu lain di sebuah lebuh raya.
Klik untuk gambar besar
Melihat pada video tersebut, kedengaran Aliff mengamuk ke arah pemandu berkenaan serta meminta supaya memandu dengan berhati-hati.
"Apa masalah ni? Pandulah betul-betul. Ayio kereta saya. Tolong pandu betul-betul. Kalau saya tak pakai tali pinggang tadi dah habis," ujarnya yang turut mengakui tidak dapat mengawal perasaan ketika kejadian kerana terkejut dengan apa yang berlaku.
"Tiba-tiba kepala saya terhentak sakit sangat... kepala saya sakit-sakit. Ujian sungguh untuk saya, syukur saya selamat. Terima kasih korang yang sentiasa doakan saya.... maaf kalau saya teremosi sebab saya amat stress dan terkejut," tuturnya lagi.
Perkongsian Aliff itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengecam tindakan usahawan itu yang dikatakan tidak mampu mengawal perasaan.
Malah, ada juga yang mempersoalkan mereka yang mengecam kerana kejadian itu tidak kena pada diri mereka. Kata netizen lagi, jika terjadi pada diri sendiri pasti tidak dapat mengawal emosi.
________________________

No comments:
Post a Comment