21 June 2023

AL-FATIHAH - ROHANA JALIL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 11.33 malam tadi, penyanyi Rohana Jalil, 68, disahkan telah meninggal dunia di sisi suami, anak-anak dan keluarga di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Khabar duka itu disahkan pengurusnya yang dikenali sebagai Jepun. Jelasnya lagi, jenazah arwah Rohana akan dibawa ke Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya untuk urusan solat jenazah.

"Selepas melihat keadaan arwah semakin kritikal, doktor meminta semua ahli keluarga berkumpul di hospital sejak jam 5 petang. Arwah pergi dengan tenang dan urusannya dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar
"Bagi mereka yang ingin melihat arwah buat kali terakhir bolehlah berbuat datang ke Masjid Al-Falah, USJ9. Jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum waktu Zuhur," ujarnya.

Berita kematian ibu kepada pelakon dan penyanyi Kilafairy itu turut dikongsi oleh beberapa rakan rapatnya menerusi media sosial antaranya penyanyi Norshila Amin, Chef Yang Jamil dan ramai lagi.

Arwah Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil yang dimasukkan ke HCTM sejak 20 April lalu akibat kebocoran usus itu dilaporkan sudah tidak sedarkan diri sejak tengah hari semalam.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: