21 June 2023

BILA KAKAK DAKWA GAJI ASIF SUHAIMI DISALAH GUNA BAPA MEREKA : "DUK MAIN SPIN... SANGGUP ISAP DAD@H DEPAN ANAK OKU"



Kakak kepada YouTuber terkenal, Asif Suhaimi iaitu Siti Nur Atina baru-baru ini ada memuat naik perkongsian dimana dia mendakwa bapa mereka menggunakan bayaran diterima oleh Asif untuk perkara tidak baik.
Perkongsian yang dimuat naik menerusi Facebook itu telah menarik perhatian ramai apabila Atina berkata, dia sudah lama menjaga aib bapanya sendiri namun semakin lama dibiarkan semakin menjadi-jadi.

Menurut Atina, tuduhan dilemparkan bapanya yang mengatakan dia mengambil duit hasil kerja adiknya membuatkan dia tidak tahan sehingga terpaksa mendedahkan perkara itu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Atina turut berkongsikan sehari sebelum raya Asif ada menerima bayaran sebanyak RM7,000, namun hanya RM4,000 saja diberikan kepada bapanya dan selebihnya disimpan untuk keperluan adiknya itu.

Bukan itu saja, Atina dalam masa sama juga mendedahkan, pada tahun 2019 bapanya itu pernah memaksa Asif untuk mengugut Syahmi supaya membayar gaji sedangkan bukan waktu menerima pembayaran.

Lebih mengejutkan, Atina mendakwa bapanya sendiri pernah mengambil dadah di depan Asif dan setiap hari Asif perlu menghadap sikap bapanya itu.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: