27 June 2023

BILA LEONA CARI 'BOYFRIEND', SIAP SERTAKAN BORANG PERMOHONAN LAGI



Sebut sahaja nama Kasih Iris Leona, pasti ramai mengetahui anak kepada pelakon Azhar Sulaiman ini sering kali mencetus kontroversi apabila tampil berpakaian seksi.
Terkini, Leona yang kini 'single' selepas hubungannya dengan kekasih sebelum ini terputus itu telah berkongsi satu video di TikTok dimana dia dilihat memuat naik fotonya memakai dress pendek berwarna merah jambu.

Namun, apa yang lebih menjadi bualan apabila Leona juga menyediakan borang permohonan mencari teman lelaki, selain turut menyertakan kapsyen seolah dia serius mencari teman lelaki.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada borang tersebut, individu yang ingin membuat permohonan perlu menyenaraikan maklumat diri, Top 5 lagu, 5 fakta mengenai diri serta beberapa soalan lain.

Menerusi ruangan komen pula, Leona yang merupakan seorang personaliti media sosial itu turut memberitahu, borang tersebut bukan dibuat sendiri sebaliknya diambil di TikTok.

Perkongsian anak gadis Azhar Sulaiman itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mahu mencuba nasib untuk menjadi teman lelaki Leona. Malah, ada juga yang bertanyakan mengenai kelayakan gaji minimum jika mahu mencuba nasib menjadi kekasihnya.


JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: