27 June 2023

MICHELLE YEOH ANTARA NAMA TERPILIH DI HOLLYWOOD WALK OF FAME




Hollywood Chamber of Commerce hari ini telah membuat pengumuman dimana bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, 60, antara 31 selebriti dipilih untuk menerima bintang di Hollywood Walk of Fame bagi Kelas 2024.
Difahamkan, senarai pendek terbabit dinilai daripada ratusan pencalonan diterima pada 16 Jun lalu. Antara nama lain yang turut tersenarai termasuk pelakon Black Phanter, mendiang Chadwick Boseman; penyanyi rap Dr Dre; dan pelakon, Gal Gadot.

Turut dicalonkan ialah Presiden Marvel Studios, Kevin Feige; pelakon Maggie Gyllenhaal, Chris Pine, Ken Jeong; penyanyi, Gwen Stefani dan lain-lain.

Klik untuk gambar besar
Pada Mac lalu, Michelle melakar sejarah apabila menjadi pelakon Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik di Academy Awards atau Oscar, menerusi lakonan cemerlangnya dalam filem 'Everything Everywhere All at Once.

Pelakon kelahiran Ipoh, Perak itu sempat mengadakan acara menyambut kepulangannya yang diraikan ribuan peminat di pusat beli-belah Pavilion, di sini. Menerusi ucapannya, Michelle sentiasa berbangga mengaku dirinya anak jati Malaysia.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: