27 June 2023

TAK MAHU ORANG RAMAI TERTIPU - EBBY YUS NAFI TERBABIT PROMOSI IBADAH KORBAN YANG GUNA WAJAHNYA



Pelawak Ebby Yus, 58, meluahkan rasa terkejut apabila dimaklumkan seorang rakan hari ini mengenai promosi ibadah korban yang dibuat di Facebook, dimana iklan berkenaan telah menggunakan wajahnya tanpa kebenaran.
Dek kerana itu, Ebby menyarankan orang ramai berhati-hati supaya tidak terpedaya, selain berharap tiada pihak yang terpedaya dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

"Rakan itu bertanyakan bagi pihak kawannya sama ada promosi ibadah korban itu masih berjalan. Saya terkejut apabila menerima mesej itu kerana semestinya siapa yang tidak mahu melepaskan peluang dengan promosi serendah RM300 yang turut datang bersama hadiah eksklusif.

"Oleh kerana tidak mahu lebih ramai yang tertipu dengan iklan berkenaan, saya perlu tampil bersuara," katanya yang bimbang dituduh bersekongkol dengan pihak tidak bertanggungjawab itu.

Jelas Ebby lagi, dia tidak terbabit langsung dengan mana-mana syarikat yang menganjurkan ibadah korban, malah dia juga tidak mengenali gambar wanita yang turut digunakan dalam promosi berkenaan.

"Saya bimbang gara-gara gambar saya yang digunakan itu, nanti saya pula yang dituduh mahu menganiaya orang. Saya memang tidak tahu menahu langsung dan terbabit dengan tawaran murah itu," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: