30 June 2023

NEELOFA MASUK WAD, HAMPIR BERSALIN ANAK KEDUA - PU RIZ MOHON DOA



"Isteri dah sampai masa nak bersalin, dah masuk wad. Isteri dah hampir due. Doakan Insya-Allah."
Itulah kata suami kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail secara ringkas dimana dia memaklumkan isterinya itu sudah dimasukkan ke hospital bagi menyambut kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Berita tersebut dikongsikan Haris atau nama penuhnya, Muhammad Haris Ismail, 27, ketika mengacarakan sebuah program televisyen malam tadi.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Insta Story, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, dilihat sempat menghadirkan diri ke tempat korban bersempena sambutan Aidiladha bersama suami dan anak lelaki mereka, Muhammad Bilal.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: