07 June 2023

WANITA DAKWA DIHAMILKAN ARTIS, DIBIAR 'KONTANG-KANTING'?



"Saya sudah dihamilkan oleh satu artis Malaysia, kemudian dipaksa untuk gugurkan (kandungan). Dia meninggalkan saya dan tidak bertanggungjawab. Tolong saya," tulis seorang wanita yang mendakwa dia hamil selepas menjalin hubungan dengan seorang penyanyi dan pelakon lelaki popular tanah air.
Memetik laporan Harian Metro, tanpa mendedahkan nama artis itu, wanita terbabit menerusi TikTok turut mendakwa, dia dibiarkan 'terkontang-kanting' oleh artis terbabit, malah dia cuba menghubungi ibu bapa artis itu, tetapi mendapat reaksi negatif apabila mereka juga enggan bertanggungjawab.

Berdasarkan tangkap layar perbualan dalam WhatsApp di antara ibunya dengan ibu artis itu yang dimuat naik wanita terbabit, ia dibalas dengan kata-kata yang dilihat seperti ingin melepaskan tangan, selain ibu artis terbabit meminta ibu wanita itu berlapang dada walaupun anaknya didakwa hamilkan wanita tersebut.

Tinjauan di ruangan komen juga mendapati rata-rata netizen menyarankan wanita itu menggunakan saluran undang-undang untuk menuntut haknya. Bagaimanapun, wanita itu menjelaskan, dia tidak dapat berbuat demikian berikutan kos guaman yang agak tinggi.

Difahamkan, artis lelaki terbabit sebelum ini kerap dipalit kontroversi, namun tidak pernah membuat penjelasan mengenainya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: