11 June 2023

LUFYA TERIMA PERMOHONAN MAAF DARIPADA JULIA FARHANA - MINTA JANGAN LAGI JOLOK SARANG TEBUAN



"Saya dah jaga aib masing-masing. Jaga sensitif. Awak bahagia cara awak, saya bahagia dengan anak. Bahagia cara korang dan jangan sentuh anak saya yang tidak dapat haknya. Dah tak dapat hak lepas itu korang 'drama' lagi seolah-olah korang malaikat.
"Siapa tak marah? Dah minta maaf ini kali kedua. Letakkan noktah. Berhenti," itulah kata pelakon Lufya Omar yang menerusi perkongsian di Insta Story, dimana dia ada menerima permohonan maaf daripada isteri bekas suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum iaitu pelakon Julia Farhana menerusi aplikasi WhatsApp.

Melihat pada tangkap layar yang dimuat naik, Julia menjelaskan, dia tidak tahu kenyataannya itu menjadi bahan di sebuah portal. Tambah Julia lagi, dia sekadar mahu memberitahu Dr Che Hafiz adalah suami yang baik dan tiada niat lain.

Klik untuk gambar besar
Pada perkongsian tersebut, Lufya berharap, Julia tidak lagi menyentuh nama anak perempuannya, Laura Hana serta mengatakan dia sudah cukup bahagia dengan anaknya. Ujarnya, dia sudah menjaga aib masing-masing serta berharap mereka dapat membawa haluan masing-masing selepas ini.

Sebelum ini, Lufya meluahkan rasa kesal dengan tindakan isteri bekas suaminya itu didakwa menggunakan nama anaknya untuk meraih publisiti, selain meminta Julia dan Dr Che Hafiz berhenti berlakon seperti mangsa keadaan dan tidak menyentuh nama anaknya.

"Tak habis-habis 'play victim', drama salam, drama nak tolong nafkah anak. Sesuai karakter suami isteri, sejoli memang tak akan habis. Tak boleh diam mulut itu suka publisiti guna nama Haura.
"Tak ada kebaikan pun selepas drama salam dekat mahkamah tempoh hari untuk Haura? Saya juga kena struggle cari duit untuk semua. Berapa sen 'arwah' kasi? Diamlah, jumpa di mahkamah 26 Julai ini," tulisnya.

Dalam pada itu, Lufya turut meminta Julia agar membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam, malah tidak teragak-agak untuk mendedahkan video bekas suaminya itu.

"Jangan sentuh nama Laana Haura! Jangan sampai saya keluarkan video sejarah hitam suamimu. Fitnah kepala otak kau! Saya bukan malaikat nak sabar saja dengan perangai kamu berdua. Awak dan keluarga kedua-dua belah pihak yang malu nanti. Baik awak diam dan minta maaf," tuturnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: