11 July 2023

AKTRES BERSTATUS IBU TUNGGAL ANAK SEORANG BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?



Baru-baru ini, timbul dakwaan seorang pelakon wanita berstatus ibu tunggal anak seorang yang ketika ini sedang hangat diperkatakan apabila dia didakwa menjalin hubungan cinta dengan lelaki berstatus suami orang.
Menurut sumber di Xtra yang menghantar emel, pelakon wanita terbabit sebelum ini pernah didakwa mengejar lelaki tersebut dek kerana wang.

Dakwa sumber itu lagi, perangai pelakon berkenaan adalah berbeza dengan apa yang dipamerkan di media sosial miliknya.

Klik untuk gambar besar
Difahamkan, lelaki yang masih bergelar suami dan ayah kepada seorang anak lelaki itu memiliki syarikatnya sendiri dan pernah menjalankan pengambaran bersama aktres berkenaan di Sabah bagi sebuah program televisyen.

Apa yang mengejutkan, pelakon wanita itu juga dilihat sempat merakamkan foto mesra dengan kekasihnya.
Pelakon wanita itu pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang selebriti bergelar pengacara dan penyampai radio, namun perkahwinan mereka berakhir di tengah jalan.

Malah, timbul dakwaan rumah tangga mereka berantakan kerana hubungan terjalin aktres terbabit dengan lelaki tersebut dapat dihidu oleh bekas suami.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: