11 July 2023

"SAYA PUN TAK SANGKA KEADAAN JADI MACAM INI" - MAMAT MAHU SATUKAN JEP & SHUIB SEMULA, NAMUN AKUI SUKAR



"Sekarang semua dah tahap jutawan, Alhamdulillah. Saya sangat gembira dengan impian kami sebelum ini yang mahu jadi 'somebody'. Tapi bila timbulnya isu perpecahan, perkara berbangkit... saya pun tak sangka keadaan jadi macam ini. Saya secara peribadi memang nak satukan sepah semula.
"Tapi saya sedar agak sukar untuk disatukan semula mengenangkan keadaan sekarang," ujar pelawak Mamat Sepah yang berkata, dia tidak melihat ada harapan untuk menyatukan semula dua anggota asal Sepah iaitu Jep dan Shuib berikutan ada isu antara mereka yang belum ada jalan penyelesaian.

Mengakui agak sukar untuk menyatukan semula mereka, Mamat berharap dua rakan baiknya itu dapat menyelesaikan permasalahan dengan baik.

Klik untuk gambar besar
Pada Mac lalu, hangat diperkatakan apabila Jep ada memberikan penjelasan punca Shuib tiada daalam Sepahtu Reunion Live (SRL).

Malah, Jep mendedahkan bahawa dia tidak hadir ke majlis pernikahan Shuib dan Watie kerana tidak mendapat jemputan daripada rakannya itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: