09 July 2023

AL-FATIHAH - BAPA MENTUA AZHAR SULAIMAN, BEKAS PENGERUSI AIRASIA DATUK PAHAMIN RAJAB MENINGGAL DUNIA



"Dukacita saya hendak maklumkan bapa mentua saya, Datuk Pahamin Rajab baru meninggal dunia. Beliau baru sampai London kena serangan jantung dalam penerbangan. Sekarang ibu mentua dan anak lelaki saya, Rees ada di London."
Demikianlah kata pelakon Azhar Sulaiman yang berkongsi berita duka melalui hantaran Instagram (IG), awal pagi tadi, dimana bapa mentuanya, bekas Pengerusi AirAsia Berhad iaitu Datuk Pahamin Rajab, 77, telah meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam penerbangan ke London, United Kingdom (UK), malam tadi.

Jelas Azhar, Allahyarham Pahamin yang juga bekas Ketua Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam perjalanan menghadiri majlis graduasi anaknya di London. Tambah Azhar lagi, beliau dan ahli keluarga yang lain akan berangkat ke London, esok.

Klik untuk gambar besar
Untuk info, Allahyarham Pahamin yang juga Pengasas Bersama AirAsia pernah berkhidmat dalam kementerian dan agensi kerajaan di Malaysia dalam tempoh lebih 30 tahun.

Allahyarham Pahamin pernah menyandang jawatan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bermula 1998 hingga 2001 dan dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula 1974 hingga 1998.
Allahyarham Pahamin juga memegang jawatan penting dalam beberapa syarikat termasuk LNG Resources Bhd, Forlife Research Sdn Bhd dan Mediscreen Sdn Bhd.

Untuk makluman, Azhar mendirikan rumah tangga dengan anak Allahyarham Pahamin iaitu Chempaka Emalin Pahamin dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Kasih Leia Ixora, 23, dan pasangan kembar, Andika Rees Pahamin dan Kasih Leona Iris, 21.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: