09 July 2023

"DIA TINGGAL SATU LAGI KITARAN KIMOTERAPI..." - IBU UBAI ALAMI PENDARAHAN RAHIM, DIKEJARKAN KE HOSPITAL



"Ibu saya sudah hampir setahun menghidap kanser ovari tahap tiga malah sudah menjalani pembedahan membuang ovari pada Januari lalu. Kalau ikutkan dia tinggal satu lagi kitaran kimoterapi lagi tapi tiba-tiba keadaan jadi begini.
"Ibu saya sekarang agak kritikal di hospital. Pagi semalam (Sabtu) berlaku pendarahan dan kami terus membawanya ke hospital. Ubai memohon doa orang ramai untuk kesihatan ibunya. Ibu saya sudah hampir setahun menghidap kanser ovari tahap tiga, malah sudah menjalani pembedahan membuang ovari pada Januari lalu.

"Kalau ikutkan dia tinggal satu lagi kitaran kimoterapi lagi tapi tiba-tiba keadaan jadi begini," demikian jelas personaliti media sosial Ubai yang memaklumkan, ibunya kini sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak Sabtu, susulan mengalami pendarahan pada bahagian rahim.

Klik untuk gambar besar
Berkongsi lanjut mengenai keadaan ibu, Ubai berkata, ibunya yang dikejarkan ke hospital berkenaan selepas mengalami pendarahan secara tiba-tiba itu kini masih dalam pemantaun doktor selain terpaksa memakai alat bantuan pernafasan disebabkan oksigen menurun.

"Apa yang boleh saya katakan, semalam memang dia banyak kehilangan darah dan ditempatkan di zon merah tetapi sudah dipindahkan ke wad biasa. Pagi tadi tahap oksigen dia pula menurun dan doktor sudah pun memberikan alat bantuan pernafasan... Insya Allah petang ini baru saya boleh melawatnya," ujarnya.
Berita mengenai ibunya itu turut dikongsikan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, menerusi InstaStory miliknya dengan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan ibunya itu.

"Salam semua, doakan kesihatan ibu saya dalam keadaan yang baik," tulis tunang kepada penyanyi Shila Amzah atau nama sebenarnya, Nurshahila Amir Amzah.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: