09 July 2023

"MEMANG SAYA ORANG YANG GILA POPULARITI SIKIT" - IQBAL ULAS DIPERL1 SUKA JADI 'MAT SELIT' ISU VIRAL



"Kalau perasan, saya tak akan tumpang sebarangan isu. Yang saya tumpang yang dulu-dulu tu, sekarang tiada. Jadi di situ kena bijak untuk mengatur strategi dan memang saya orang yang gila populariti sikit. Saya suka orang kenal, suka bermasyarakat dan saya tak boleh sembunyi. Memang saya orang yang begitu tu."
Itulah kata usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli yang mengakui dirinya seorang yang sangat sukakan populariti, bagaimanapun katanya, dia tidak memilih isu viral secara sebarangan sebaliknya perlu bijak mengatur strategi.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai kisah hangat antara dirinya dan juga Inspektor Shiela, ini jawapan Iqbal atau nama sebenarnya Ahmad Iqbal Zulkefli :

Klik untuk gambar besar
"Tapi saya rasa macam bersyukur sebab bila jumpa dia banyak memuji saya dan senang. Sebenarnya dia orang yang okay. Cuma mungkin kita kena belajar dari segi kelancaran dalam bersosial. Itu sahaja. Dia bekerjaya sebagai inspektor, saya pula dalam industri jadi kita kena belajar lembutnya bercakap itu macam mana," jelasnya.

Sebelum ini, Iqbal menerusi hantaran di IG Story memaklumkan terbuka hati untuk mengenali Inspektor Sheila dengan lebih dekat, malah ujarnya, warna kulit tidak menjadi penghalang untuk dirinya mendekati Inspektor Sheila.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: