09 July 2023

WANY HASRITA SELAMAT MELAHIRKAN ANAK SULUNG, PEREMPUAN



"Assalamualaikum, Bismillahi MasyaAllah, Alhamdulillah, Wany telah selamat melahirkan puteri kami pada hari Sabtu, 07:14pm secara normal. Terima kasih pada semua yang mendoakan kami, 🤍
"Anak ibu semoga jadi anak solehah penyejuk mata, penenang jiwa, pengerat cinta ibu & bapak. Membesar dgn sihat & jadilah orang yang memberi manfaat pada yg lain kelak. Ibu lebiu. 🥺❤️."

Demikian tulis penyanyi Wany Hasrita menerusi muat naik terkini di laman Instagram miliknya, dimana dia selamat melahirkan anak sulungnya iaitu bayi perempuan secara normal sekitar jam 7.14 malam semalam.

Klik untuk gambar besar
Perkongsian Wany itu telah menerima ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis dan peminatnya.

Untuk makluman, Wany mendirikan rumah tangga bersama Mohd Al-Adib Fahmi Harun pada 22 Julai tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: