Penyanyi Bila, 27, yang juga anak kepada pemain gitar bass kumpulan Wings iaitu Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 55, berkata, dia tidak menyangka ibunya, Norlela Mohd Yusof, 61, dijemput ilahi secepat ini.
Untuk makluman, ibu Bila menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.10 petang kelmarin di Hospital Ampang, akibat komplikasi buah pinggang, sebelum jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, jam 8.30 malam kelmarin.
"Saya tidak jangka 'mummy' (ibu) akan pergi secepat ini kerana saya yang menjaganya ketika arwah berulang alik keluar masuk hospital," kata Bila atau Nur Najmi Nabila yang juga menjelaskan, dia dengan arwah ibunya sangat rapat.
"Maklumlah, saya anak yang masih bujang dan banyak masa bersama arwah kerana kakak dan adik lelaki sudah berkeluarga. Saya juga bersyukur kerana dapat menjaga mummy hingga pada saat akhirnya," tuturnya.
Dalam pada itu, ditanya pula pesanan akhir arwah ibunya, kata Bila yang merupakan pemenang tempat ketiga program realiti Akademi Fantasia (AF) 2015 itu, arwah ibunya ada memberitahu, dia merindui anak-anak dan cucunya.
"Arwah 'mummy' beritahu dia rindu kepada anak-anak dan cucunya ketika saya bertemunya di hospital dua hari lalu. Jika nak diikutkan, arwah 'mummy' memang sudah lama sakit dan doktor juga sudah beritahu kami untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan buruk," jelas Bila dalam masa sama turut bercerita mengenai kenangan bersama arwah ibunya, dimana arwah ibunya itu adalah peminat nombor satunya.
"Arwah 'mummy' sentiasa menemani saya buat persembahan sebelum ini. Arwah akan minta saya tambah lagi lagu yang disampaikan ketika saya jayakan mana-mana persembahan. Kalau saya sedih atau ada masalah, arwah 'mummy' sentiasa beri semangat untuk saya tidak putus asa dalam meneruskan karier nyanyian," katanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment