08 July 2023

AL-FATIHAH - ISTERI EDDIE WINGS KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pemain gitar kumpulan Wings, Eddie atas pemergian isterinya iaitu Norlela Mohd Yusof, 61, yang meninggal dunia pada jam 2.10 petang semalam.
Menurut Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 55, arwah isterinya sudah dua minggu menerima rawatan di Hospital Ampang kerana penyakit terbabit.

"Isteri saya meninggal dunia ketika melakukan rawatan dialisis. Arwah isteri juga sudah dua minggu dirawat di hospital. Selain masalah buah pinggang, arwah isteri juga ada jangkitan kuman sehingga jantungnya menjadi lemah.

"Jenazah arwah isteri akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini, malam ini," kata Eddie yang dikurniakan tiga orang anak, hasil perkongsian hidup dengan arwah Norlela.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: