12 July 2023

BERSYUKUR KAKAK JUMPA KEBAHAGIAAN - EMMA MAEMBONG DOAKAN PERKAHWINAN KETIGA SHIKIN & CAT FARISH JADI YANG TERAKHIR



Pada 13 Julai esok, kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong bakal mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon, Cat Farish.
Ditanya mengenai hubungan cinta yang terjalin antara kakaknya dengan Cat Farish, Emma berkata, dia melihat kebahagiaan terpancar di wajah Shikin serta mengatakan tidak pernah melihat kakaknya ini gembira seperti itu.

Sebagai adik, Emma bersyukur dan tumpang gembira dengan berita perkahwinan kakaknya bersama Cat Farish yang merupakan anggota Ruffedge itu.

Klik untuk gambar besar
"Saya secara peribadi melihat Shikin selepas kenal Cat, wajahnya lebih ceria walaupun berdepan pelbagai ujian sebelum ini. Kali ini dia betul-betul gembira yang saya sendiri tak pernah lihat dia gembira sebegini.

"Saya doakan rasa gembira dan bahagia itu kekal dalam hubungan Shikin dan Cat selamanya. Cinta memang boleh membuatkan kita melakukan sesuatu di luar kawalan. Kalau Shikin selalu buat benda ‘gila’ bersama Cat maknanya mereka sangat bahagia," ujarnya.
Dalam pada itu, Emma turut mendoakan perkahwinan kali ini menjadi yang terakhir buat Shikin dan Cat memandangkan ini adalah perkahwinan ketiga buat mereka.

"Saya berdoa ini adalah yang terakhir untuk Shikin dan Cat. Gembira itu bukan saja terlihat pada Shikin dan Cat, tetapi pada anak-anak mereka juga. Lagi-lagi anak Shikin, dia anak tunggal, selalu cakap nak pergi rumah kakak (anak Cat). Saya yang dengar pun rasa sebak," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: