12 July 2023

TERSENARAI TOP 5 ABPBH KE-35 - BELL NGASRI AKUI TERKEJUT: "DAPAT MENANG SEKALI PUN SAYA SUDAH BERSYUKUR"



"Memang saya terkejut. Ini kali pertama nama saya melepasi senarai Top 5 ABPBH selepas sekian lama dimasukkan dalam senarai pencalonan awal.
"Bohonglah kalau cakap saya tidak simpan harapan untuk menang. Selepas tiga dekad (30 tahun) berkecimpung dalam dunia seni, tentu saya teringin hendak menang trofi ABPBH yang boleh dijadikan kenangan.

"Dapat menang sekali pun saya sudah bersyukur. Tidak perlu hendak menang setiap tahun. Kalau dapat 'job' tiap-tiap tahun, itu saya hendak (ketawa)."

Demikian kata pelakon Bell Ngasri yang mengakui terkejut, selain menyifatkan ia sejarah peribadi buat dirinya apabila tercalon sebagai finalis kategori Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, selepas namanya tersenarai dalam Top 5.

Dalam pada itu, Bell mengakui watak Barkoba yang dilakonkannya antara faktor dirinya menjadi sebutan ramai serta mengucapkan terima kasih buat Allahyarham Mamat Khalid kerana watak ikonik itu.

"Saya mengucapkan terima kasih kepada Allahyarham Mamat Khalid kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk membawakan watak yang cukup ikonik itu. Harapan saya semoga ada kesinambungan telefilem Puasa 19 kerana saya terima banyak permintaan peminat.

"Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada semua pengarah yang menawarkan peluang saya berlakon dan peminat yang beri sokongan sejak dahulu. Kalau bukan kerana mereka, saya tidak berada pada kedudukan hari ini," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: