12 July 2023

PELAWAK & PELAKON BERSTATUS JANDA PILIH 'PENGKID' SEBAGAI SUAMI?



Baru-baru ini, timbul dakwaan mengatakan seorang pelawak wanita sedang menjalinkan hubungan dengan seorang 'pengkid' dan dikatakan tidak segan silu berkongsi video-video di media sosial.
Menerusi laporan Utusan Online, ramai rakan artis pelik dengan sikap pelawak berstatus janda itu yang seakan melarikan diri daripada ramai orang.

Malah, sahabat baiknya juga pernah menyuarakan perkara sama mengapa pelawak itu selalu menghilangkan diri sehingga sukar dihubungi.

Sebelum ini, pelawak tersebut memaklumkan, dia sukar untuk dapat job dan tiada pendapatan kerana jarang berlakon. Dek kerana itu, dia meminta bantuan terutamanya kepada rakan artis.

Klik untuk gambar besar
Namun terkini, pelawak itu didakwa sudah pindah ke negeri lain dan tidak lagi tinggal di Kuala Lumpur kerana mengikut pengkid.

Pasangan sesama jenisnya itu juga tidak segan silu memanggilnya sebagai 'wife' dan perkara itu dikongsikan di media sosial.

Bagaimanapun, identiti pelawak itu tidak didedahkan, namun diharap segera bertaubat jika benar dakwaan tersebut.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: