12 July 2023

10 ARTIS TERIMA UNDIAN TERTINGGI DI ABPBH 35 - BELL NGASRI ANTARA YANG TERSENARAI



Pelakon Bell Ngasri yang sudah tiga dekad mengabdikan diri dalam dunia seni itu telah mencipta kejutan apabila muncul antara 10 artis meraih undian tertinggi setakat ini, pada saingan Top 5, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) Ke-35.
Selain Bell yang terkenal dengan watak Barkoba itu, sembilan lagi artis lain yang mendahului undian Top 5 adalah Aina Abdul, Amir Masdi, Anna Jobling, Ben Amir, Ernie Zakri, Khai Bahar, Meerqeen, Sharifah Rose dan Siti Nordiana.

Senarai 10 finalis yang memperoleh undian terkumpul tertinggi setakat ini diumumkan pada sidang media pengumuman pra-kemuncak ABPBH 35 semalam.

Kemuncak ABPBH 35 bakal berlangsung pada 21 Julai ini dengan bertemakan Ekspresi Legasi Seni yang akan diadakan di Istana Budaya (IB) di sini.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: