12 July 2023

YUSOF HASLAM: "TIDAK SEMESTINYA DALAM EDAH DIA PERLU SELEKEH" - INI JELAS PUTERI SARAH PULA



"Harus faham, Sarah bekerja untuk cari rezeki. Apa masalahnya jika dia tampil kemas sebagai seorang wanita. Tidak semestinya dalam edah dia perlu selekeh kerana yang penting Sarah masih mengenakan pakaian yang sesuai dan kekal berhijab."
Demikian jawab pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam yang mengulas mengenai bekas menantunya, Puteri Sarah Liyana dimana pelakon itu ditegur tidak menghormati tempoh edah selepas bercerai dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof secara sah pada 14 Jun lalu dengan talak satu, susulan berkongsikan gambar-gambar di laman Instagram tampil cantik dan bergaya.

Sementara itu, Puteri Sarah turut berkongsi mengenai proses edah yang dijalaninya kini dan menjelaskan mengenai kekeliruan yang timbul apabila ada pihak mempertikai aktiviti karier seninya yang terus berlangsung dalam tempoh ini. Jelas Sarah, dia mendapatkan maklumat mengenai proses edah melalui pembacaan.

Klik untuk gambar besar
"Saya sendiri ada membuat bacaan dan mencari tahu mengenai edah. Sekiranya suami meninggal dunia, barulah si isteri perlu berkabung dan tak boleh keluar dari rumah serta berhias. Tapi, untuk saya, saya perlu keluar kerana tuntutan kerja.

"Edah untuk wanita yang bercerai pula, dalam masa tiga bulan, saya kena maklumkan kepada bekas suami sekiranya saya perlu keluar. Dia juga memang sedia maklum. Bahkan, saya ke Jakarta untuk urusan kerja tempoh hari pun, dia tahu," ujarnya yang turut berkata ia tidak menjadi masalah walaupun pertikaian mula timbul kerana menjadi tanggungjawabnya untuk menjelaskan.
"Saya tak ada masalah kerana apabila ada yang tak tahu, saya kena beritahu mengenai perkara ini," tuturnya yang meluahkan syukur kerana apa yang berlaku merapatkan hubungan antaranya serta anak-anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan bekas suami.

"Saya sudah mulakan hidup baharu. Anak-anak pun okay. Bahkan, selepas apa yang berlaku, Syamsul lebih kerap berjumpa dan luangkan masa dengan anak-anak. Hubungan mereka semakin baik. Begitu juga hubungan saya dengan Syamsul, semakin baik dan tak ada masalah. Kami selalu berhubung dan berkongsi mengenai anak-anak," jelasnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: