13 July 2023

ANAK KETUJUH SELAMAT DILAHIRKAN - DR SHEIKH MUSZAPHAR & ISTERI BERI NAMA 'SHEIKH MUHAMMAD'



Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, angkasawan negara iaitu Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor telah memaklumkan isterinya, Datin Dr Halina telah selamat melahirkan cahaya mata ketujuh iaitu seorang bayi lelaki di sebuah perubatan swasta Selangor, semalam (12 Julai 2023).
Dalam perkongsian itu, Dr Sheikh Muszaphar turut memberitahu isteri dan anak lelakinya yang diberi nama Sheikh Muhammad dalam keadaan sihat, selain meluahkan rasa syukur diatas kelahiran tersebut serta mengucapkan terima kasih buat mereka yang mendoakan.

"Ibu dan bayi dalam keadaan baik, sedang menyusu. Alhamdulillah, syukur sangat. Terima kasih semua atas doa," tulisnya.

Untuk makluman, Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan enam orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah, serta sepasang kembar, Sheikh Eusoff dan Sophea Emilia.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: