13 July 2023

BABY SHIMA FAILKAN SAMAN - PU SYED TAK GENTAR, ANGGAP UJIAN CEGAH KEMUNGKARAN



"InsyaAllah, hak beliau untuk menyaman. Hak kita untuk menyatakan kebenaran dan mencegah kemungkaran," ujar pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed yang tidak terkesan dengan tuntutan saman yang difailkan oleh penyanyi Baby Shima berhubung kenyataannya yang didakwa berunsur fitnah sebelum ini.
Dalam hal ini, Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 41, berkata pihaknya tetap dengan pendirian menegakkan kebenaran dan menegur sesuatu yang salah mengikut sudut agama, selain menganggap perkara ini sebagai satu ujian dalam mencegah kemungkaran yang boleh mencemarkan nama Islam.

"Adakah ini satu musibah atau anugerah yang Allah hantar memberi ujian seterusnya kepada saya dalam mencegah kemungkaran yang berleluasa di kalangan masyarakat di bumi Malaysia tercinta ini.

Klik untuk gambar besar
"Para anbiya dan salafuna soleh... ada yang mati dibunuh kerana mencegah kemungkaran dan menyatakan yang hak! Kita di akhir zaman ini, secebis daripada itu pun masih belum menyamai perjuangan mereka," tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.

Menurut peguam yang mewakili Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli iaitu Muhammad Noor Azfar Noor Azmi, pihaknya memfailkan saman terhadap dua individu iaitu PU Syed dan Ketua Pemuda PAS Kuantan, Abd Rahman Mat Noor, di Mahkamah Tinggi Ipoh, Perak serta Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Kelantan.
Shima bagaimanapun enggan mengulas lanjut perkara itu kerana menghormati proses mahkamah serta pihak yang dinamakan belum menerima kertas-kertas kausa yang difailkan.

Pada 18 Februari lalu, Shima menggayakan sepasang baju kurung berwarna jingga selain mengenakan hijab sewaktu membuat persembahan bagi meraikan Hari Bandaraya Mesra Komuniti di Kuantan, Pahang.
Dalam satu kenyataan, Abd Rahman mendakwa Shima menjual agama kerana hanya mengenakan tudung mengikut majlis tertentu. Manakala PU Syed pula, dia didakwa memfitnah Shima dengan menuduh penyanyi berkenaan tidak mengetahui soal halal dan haram berhubung penganjuran sesuatu konsert.

Kata PU Syed lagi, Shima boleh terjerumus menjadi golongan Ruwaibidhah iaitu merujuk kepada individu lemah dan tenggelam dengan hal keduniaan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: