Selebriti terkenal Noor Neelofa, 34, dikhabarkan telah selamat melahirkan anak keduanya yang merupakan bayi lelaki.l di sebuah pusat perubatan di sini, jam 10.45 malam kelmarin.
Berita gembira ini dikongsikan suami kepada Neelofa iaitu Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya, Muhammad Haris Mohd Ismail, 28, dimana dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
Selain itu, PU Riz berkata, dia dan Neelofa atau nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor, akan berkongsi nama bayi kedua mereka selepas genap tujuh hari kelahirannya.
8í8
"Alhamdulillah, isteri dan bayi dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT. Macam anak sulung dulu, kali ini pun saya berada di sisi isteri sepanjang proses bersalin itu. Dia memang kuat. Apa pun, terima kasih kepada keluarga dan semua yang sentiasa menitipkan doa buat kami sekeluarga.
Klik untuk gambar besar
"Semoga kehadiran anak kedua ini selalu membawa keberkatan bagi keluarga kami, menjadi anak yang soleh, berbakti pada orang tua, berguna bagi agama, keluarga, nusa dan bangsa.
"Mohon doa agar anak kedua kami ini membesar dengan baik dan cerdas, diberi kesihatan dan umur panjang. Semoga kami mampu menjadi ibu bapa yang baik dalam mendidik dan membesarkannya. Insya-Allah," katanya.
Untuk makluman, Neelofa dan PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan kini sudah dikurniakan dua cahaya mata lelaki. Anak sulung pasangan ini, Muhammad Bilal dilahirkan pada 29 Januari tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment