13 July 2023

BILA WAJAH TERKINI PUTERI AMEERAH BUAT RAMAI TERPEGUN - CANTIK PERSIS IBUNYA, AZRINAZ



"Gambar awak viral beberapa hari ini. DM dan tag saya dipenuhi dengan gambar awak. Ramai yang kata kita seiras... kecantikan dan keanggunan cukup mempesonakan. Semoga diberkati."
Demikian tulis bekas wartawan penyiaran TV3, Azrinaz Mazhar Hakim di laman Instagram miliknya selepas menerima pelbagai mesej mengenai wajah terkini anak keduanya, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah yang kini berusia 15 tahun, dimana wajahnya menjadi tumpuan apabila dikatakan mirip dengan ibunya itu.

Kemunculan anakandanya kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei Darussalam iaitu Sultan Hassanal Bolkiah sering mendapat perhatian ramai terutamanya apabila beliau muncul dalam majlis-majlis rasmi negara berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata rakan artis dan netizen turut mengakui wajah Puteri Ameerah sememangnya seiras Azrinaz, malah ramai mengagumi kejelitaannya yang semakin menyerlah apabila meningkat dewasa.

Klik untuk gambar besar

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: