14 July 2023

SAMAN TERHADAP JAWI, MAIWP - SYAMSUL YUSOF TARIK BALIK



Semua sedia maklum mengenai pengarah Syamsul Yusof yang menfailkan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dan Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP).
Namun terkini, Syamsul difahamkan telah bertindak menarik saman balik saman tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang Khamis.

Peguam mewakili Syamsul iaitu Azahir Nasir berkata, pengurusan kes itu diselesaikan secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Ahmad Shahrir Mohd. Salleh.

Sebelum ini, pada 28 Mac lalu, Syamsul menerusi saman telah menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah, Pengarah Jawi, Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAIWP selaku defendan pertama hingga ketiga.

Klik untuk gambar besar
Dalam tuntutan tersebut, Syamsul, 39, mendakwa ibunya iaitu Datin Patimah Ismail menyerahkan sekeping gambar melalui WhatsApp turut memaparkan nama, nombor kad pengenalan, sebahagian tandatangan dan keterangan isterinya, Ira Kazar sewaktu dipanggil oleh Jawi pada 23 Disember 2022.

Kata Syamsul, keterangan tersebut memaklumkan, dia dan isterinya Ira atau nama sebenarnya Faghira Fatini Kazaruddin, 28, telah menjalinkan hubungan sulit di antara 2019 dan 2021.
Bagaimanapun, Ira menafikan tentang keterangan diberikan semasa dipanggil bagi membantu siasatan berkaitan gangguan orang ketiga yang difailkan oleh bekas isteri Syamsul iaitu pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin. Malah Ira turut membuat laporan polis berhubungan penyebaran keterangan berbaur fitnah itu pada 23 Disember 2022.

Jelas Syamsul lagi, akibat kejadian tersebut, dia dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata mengguris perasaan dan turut mengakibatkan dia mengalami tekanan perasaan.Dalam pada itu, Syamsul juga percaya penyebaran itu dilakukan bagi memalukan, mengaibkan dirinya dan berniat jahat.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: