14 July 2023

TERSASUL KETIKA AKAD NIKAH - CAT FARISH & SHIKIN MAEMBONG KINI SAH SUAMI ISTERI



Pada jam 9.07 malam tadi, penyanyi Cat Farish, 49, telah pun sah bergelar suami kepada kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong atau nama sebenarnya Siti Nur’Ashikin Ismail, 40, dengan sekali lafaz, meskipun tersasul masa akad nikah.
Dalam majlis tersebut, pasangan itu dinikahkan Penolong Pendaftar Perkahwinan Masjid Ibnu Abbas Taman Ibu Kota Kuala Lumpur, Mohd Shukri Sharie berwalikan bapa pengantin perempuan, Ismail Maembong.

Majlis yang diadakan di Grand Asiana Setapak itu menyaksikan pengantin perempuan menerima mas kahwin sebanyak RM200 daripada pengantin lelaki, manakala jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Klik untuk gambar besar
Pihak pengantin perempuan turut menyerahkan lima dulang hantaran yang dibalas tiga oleh pengantin lelaki.

Untuk makluman, Shikin pernah mendirikan rumah tangga dengan Chef Riz yang juga anak kepada Chef Wan pada 5 Disember 2014, namun bercerai pada Jun 2016. Pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Putri Arianna. Shikin kemudian berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun hanya bertahan dua tahun.
Sementara itu, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli, sebelum ini berkahwin buat kali kedua pada Mac 2020 namun rumah tangga itu hanya bertahan dua tahun.

Sebelum ini, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada April 2016. Pasagan itu dikurniakan tiga anak iaitu Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: