Takziah diucapkan kepada keluarga pelakon dan pengarah, Mat London atau nama sebenarnya, Ahmad Ibrahim, 74, atas pemergiannya yang meninggal dunia pada jam 5.57 pagi, hari ini di Hospital Kuala Lumpur.
Perkara ini disahkan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah menerusi satu kenyataan.
Menurutnya lagi, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Taman Melawati pagi ini dan akan dikebumikan selepas solat Jumaat.
Pada 16 Jun lalu, Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM), dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur, akibat jangkitan paru-paru dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal.
Anaknya iaitu Salmany Akir Ahmad, 42, turut memaklumkan berita sedih itu menerusi Facebook.
Klik untuk gambar besar
"Sesudah laungan azan subuh…..papa menghembuskan nafas terakhir di hening pagi yang masih sepi pagi Jumaat.
اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
"Ya Allah! Ampunilah almarhumah (jenazah lelaki), berilah dia rahmat-mu, kesejahteraan, serta maafkanlah kesalahannya," tulisnya.
Arwah Mat London yang juga pengarah itu turut dikenali sebagai pelakon menerusi drama bersiri 'Kampong Pisang Bersiri-Siri' arahan Allahyarham Mamat Khalid, membawa watak Pak Karim.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::

No comments:
Post a Comment