20 July 2023

BILA CAKRA KHAN CUBA NASIB DI AMERICA'S GOT TALENT, DIPUJI SIMON : "SAYA JARANG DENGAR SUARA SEPERTI ITU"



Tanpa disangka penyanyi popular Indonesia iaitu Cakra Khan, 31, turut mencuba nasib memasuki uji bakat program America's Got Talent (AGT) musim baharu.
Persembahan Cakra pada uji bakat tersebut telah menarik perhatian dan pujian penonton seluruh dunia selepas mempamerkan nyanyian luar biasa menerusi lagu legenda Bob Marley berjudul 'No Woman, No Cry'

Cakra atau nama penuhnya Cakra Konta Paryaman mendapat tepukan berdiri keempat jurinya Simon Cowell, Heidi Klum, Howie Mandel, dan Sofia Vergara.

"Sangat jarang dengar suara seperti itu. Saya memang sangat sukakan suara kamu," komen Cowell selepas persembahan mengagumkan Cakra itu.

Klik untuk gambar besar
Penyanyi 'Kekasih Bayangan' itu turut dibanjiri komen pujian daripada rakan-rakan industri baik di Indonesia mahupun di Malaysia.

Mereka termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Rossa, Hael Husaini, Ifan Seventeen, Haqiem Rusli, Melly Goeslaw, Adira Suhaimi, dan ramai lagi.

"Suara gegak gempita! Satu dalam sejuta. Tahniah," demikian ucap Siti Nurhaliza.

"Bangga sangat aku," kata Rossa pula.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: