20 July 2023

YONNYBOII KINI BERGELAR BAPA - ISTERI SEMPAT TONTON FILEM 'BARBIE' SEBELUM LAHIRKAN 'BABY BOY', KAIRO



"Welcome to this world boii ❤️‍🔥😍😍," tulis penyanyi Yonnyboii menerusi laman Instagram miliknya hari ini, dimana dia memaklumkan, isterinya, Nik Nazira atau lebih mesra disapa Nina, telah selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka iaitu bayi lelaki semalam.
Yonnyboii atau nama sebenarnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, 25, yang berkongsi gambar anak lelakinya itu namun tidak didedahkan wajahnya, berasa gembira bercampur debar apabila dia bergelar seorang bapa pada usia muda, selain turut memberikan gelaran 'Baby Kai' atau singkatan kepada Kairo buat permata hati pertamanya itu.

"Saya akan cuba laksanakan tanggungjawab dengan terbaik walaupun takut memikirkan mampukah saya menjadi bapa yang terbaik untuk Kairo. Insya-Allah dengan dorongan keluarga, saya akan menjaga anak saya dengan baik," tuturnya.

Klik untuk gambar besar
Sementara itu, isteri Yonny yang berkongsikan pengalaman bersalin itu meluahkan rasa syukur apabila dia selamat melahirkan bayi sulungnya secara normal yang sepatutnya dijangka lahir pada awal bulan Ogos depan, selain diberi rezeki tidak merasai rasa sakit hendak bersalin. Malah kata Nazira lagi, dia dan Yonny sempat menghadiri majlis tayangan filem 'Barbie' sebelum bergegas ke hospital akibat sakit perut.

"Alhamdulillah saya selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3kg pada pukul 4 pagi 19 Julai lalu. Sepatutnya jangkaan melahirkan bayi pada 7 Ogos lalu dan tidak menyangka akan bersalin lebih awal. Alhamdulillah bayi sihat dan selamat dilahirkan sewaktu 37 minggu," ujar isteri penyanyi lagu 'Sakit' itu yang seolah tidak percaya bahawa dia kini sudah bergelar ibu serta bersyukur keadaannya dan bayi sihat.
"Macam tak percaya dah jadi ibu sekarang. Syukur saya dan bayi kami dalam keadaan sihat. Selepas bersalin saya asyik tengok wajah anak saja. Satu perasaan yang berbeza buat kami berdua. Sebelum melahirkan, saya sempat pergi tengok filem 'Barbie'. Kira-kira dua ke tiga jam balik saya sempat tertidur tiba-tiba terjaga sebab sakit perut seperti mahu buang air besar. Yonny tidak sedap hati dan membawa saya ke hospital.

"Apabila diperiksa rupa-rupanya bukaan sudah tujuh sentimeter. Saya memang tak rasa sakit nak bersalin. Apabila tiba di hospital pun bukaan telah besar dan bayi dilahirkan secara normal. Baby nak beri peluang ibunya melaram dulu sebelum bersalin," kongsi Nazira dalam nada gembira yang turut mendedahkan pemilihan nama Kairo dipilih oleh Yonny sewaktu awal kehamilan dahulu.

Untuk makluman, Yonnyboii yang berkongsi berita gembira tentang kehamilan isterinya pada Mac lalu itu mendirikan rumah tangga pada 20 November 2021 secara rahsia, namun hanya mendedahkannya kepada umum enam hari selepas itu.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: