19 July 2023

MAHU AMBIL INSURANS KESIHATAN - KAK KM SEDIH LUBANG PADA BAHAGIAN JANTUNG ANAK KETIGA SUDAH MEMBESAR



"Baru-baru ini saya mahu mengambil insurans kesihatan untuk Rania tapi sebelum itu kami perlu membuat pemeriksaan kesihatannya terlebih dahulu. Rupa-rupanya lubang pada bahagian jantungnya sudah membesar dan terus dirujuk ke hospital. Jadi tanpa sebarang perlindungan insurans, saya perlu tanggung segala kos rawatan yang dibuat."
Itulah jelas usahawan kosmetik Liana Rosli atau lebih dikenali Kak KM dimana hasratnya mahu mengambil insurans kesihatan buat anak ketiganya, Rania Razman, 13, bertukar mimpi ngeri apabila lubang pada bahagian jantung anak perempuannya itu sudah membesar selepas membuat pemeriksaan kesihatan sebagai salah satu syarat permohonan polisi insurans tersebut.

Kak KM mengulas mengenai perkara itu selepas berkongsi video di laman Instagram miliknya, memaklumkan Rania tidak sedarkan diri selepas dibius di Institut Jantung Negara (IJN). Menerusi video yang dikongsikan, Kak KM dilihat sedang menangis dan memohon orang ramai untuk mendoakan kesihatan anak perempuannya itu.

Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Kak KM berkata, dia hampir pengsan sejurus melihat anaknya tidak sedarkan diri apabila diberikan suntikan bius sebelum menjalani ujian tiub di IJN. Usahawan itu turut memberitahu dia kini sedang menunggu laporan kesihatan daripada pakar merawat Rania sama ada perlu menjalani prosedur lain.

"Dia terpaksa menerima rawatan ujian tiub selama tiga jam dan kini sedang menunggu laporan doktor untuk rawatan seterusnya. Apa membuatkan saya sedih apabila doktor memberikan ubat bius dan dia terus tak sedarkan diri... kaki saya terus rasa lembik macam nak pengsan," ujarnya.
Sementara itu, Kak KM memaklumkan, sejak Rania dilahirkan doktor pernah memberitahunya dan suami bahawa anak ketiganya itu mempunyai masalah injap jantung berlubang. Bagaimanapun jelasnya lagi, Rania tidak pernah berdepan sebarang masalah kesihatan ketika kecil, namun mula menunjukkan beberapa simptom apabila menginjak remaja.

"Sebenarnya sejak lahir lagi kamu sudah diberitahu doktor dia mengalami masalah injap berlubang... tapi bila meningkat dewasa baru dia tunjuk beberapa simptom seperti sukar bernafas," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: