"Sebenarnya, minggu lalu, saya terima tiga keping gambar di Instagram dan salah satunya, gambar arwah ayah dan menggunakan gambar kubur arwah ayah. Individu itu ambil gambar-gambar itu dari Instagram saya. Gambar itu memaparkan kubur ayah saya, kemudian disunting dan ditampal dengan gambar seorang lelaki serta dua wanita berb0gel.
"Lebih keterlaluan lagi, gambar lelaki itu disunting dan bahagian muka, ditampal dengan wajah ayah saya," demikian kata penyanyi dan pelakon, Farahdhiya, 39, yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju, dengan ditemani penerbit yang juga sahabatnya, Datuk A Aida terhadap individu tidak bertanggungjawab yang menyunting gambar bapanya, Allahyarham Mohd Amin Zubir yang meninggal dunia pada 9 Januari 2020 akibat komplikasi paru-paru, sebagai gambar luc@h.
Tidak mengenali individu yang didakwa menggunakan akaun Instagram palsu itu, Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farah Dhiya Mohamed Amin menjelaskan, tindakan individu terbabit melampaui batasan sekali gus memaksanya untuk teruskan dengan tindakan undang-undang.
Klik untuk gambar besar
"Dia guna Instagram palsu untuk hantar gambar tanpa sebarang tulisan atau mesej. Saya tak bermusuh dengan sesiapa, tetapi kita tak tahu niat orang. Selama 19 tahun saya berada di dalam industri, memang ada berlaku foto saya disunting dan sebagainya.
"Tapi, setiap kali nak buat laporan polis, saya fikir semula kerana prosesnya akan jadi panjang. Jadi, bila dah membabitkan ayah yang dah tak ada, saya memang tak boleh terima. Saya maklumkan abang saya dan dia pun setuju untuk teruskan dengan laporan polis," jelas penyanyi lagu 'Bertakhta di Hati' itu.
Dalam pada itu, Farah turut memberitahu, dia tidak akan dapat memadam kesalahan individu tersebut, sekiranya dia tampil membuat permohonan maaf, sebaliknya akan meneruskan dengan tindakan undang-undang.
"Kalau boleh, nak sangat tahu siapa di sebalik individu dan minta maaf walaupun kesalahan ini takkan dapat diselesaikan sekadar dengan permohonan maaf. Dia boleh minta maaf, tapi orang begitu, adakah perasaan? Saya rasa, orang yang tergamak buat benda begitu, dia sakit mental. Mungkin dia boleh menjadi lebih bahaya kalau dibiarkan," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment