20 July 2023

FARID KAMIL SAHKAN DIRINYA DIJANGKITI C0V1D - DIANA DANIELLE FAIL NUSYUZ



"Assalamualaikum semua, pada kawan-kawan, saudara-mara yang ada jumpa saya empat ke lima hari lalu yang bergejala, kontak rapat. Mohon tolong buat ujian calitan sebab saya positif C0V1D. Mohon doakan saya cepat sembuh," kata pelakon Farid Kamil menerusi Instagram Story, dimana dia mengesahkan dirinya dijangkiti C0V1D.
Sementara itu, isteri kepada Farid iaitu pelakon Diana Danielle telah memfailkan nusyuz terhadap suaminya itu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, hari ini.

Peguam yang mewakili Diana iaitu Azmi Mohd Rais berkata, tuntutan itu dibuat atas alasan Farid tidak menjalankan tanggungjawab dalam rumah tangganya.

Klik untuk gambar besar
"Pihak kami baru memfailkan nusyuz terhadap Farid atas alasan tidak menjalankan tangungjawab dalam rumah tangga," jelasnya.

Difahamkan, Diana hadir ke mahkamah bagi menghadiri sebutan semula tuntutan nusyuz dibuat suaminya pada 6 April lalu. Bagaimanapun, kes itu ditangguhkan pada 23 Ogos depan berikutan Farid tidak hadir pada prosiding berkenaan disebabkan dijangkiti C0V1D.
Dalam pada itu, Diana menjelaskan, tindakannya memfailkan nusyuz terhadap Farid disifatkan proses biasa bagi pasangan yang berdepan kemelut rumah tangga dan setiap pasangan ada hak untuk failkan tuntutan di mahkamah.

"Ini masih peringkat awal. Ini adalah proses biasa. Semua pihak ada hak untuk memfailkan tuntutan mereka," tuturnya.

Terdahulu, Farid telah memfailkan perintah kembali taat dan tuntutan sabitan nusyuz terhadap Diana.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: