Nampaknya kerinduan pelawak dan penyampai radio, Shuib akhirnya dapat terubat apabila dapat berjumpa 'kembar' arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin iaitu adik Nur Miza Najla Mustaffa.
Video pertemuan bermakna tersebut diabadikan di laman Instagram bekas ibu mentua Shuib, Siti Fatimah Suberi.
"Ibuuuuuu," itulah perkataan yang muncul dari mulut Shuib ketika pertama kali dipertemukan dengan kanak-kanak tersebut.
Klik untuk gambar besar
Panggilan itu juga adalah panggilan yang biasa digunakan Shuib untuk memanggil arwah Siti Sarah. Panggilan Shuib itu telah membuatkan netizen sebak.
Menerusi video yang dimuat naik, Shuib kelihatan teruja dan tidak lepas pandang serta mengambil gambar adik Miza.
Dalam hantaran sama, Siti Fatimah atau lebih mesra disapa Mak Der telah berkongsi rasa bahagia kerana dapat bertemu dengan keluarga Miza.
"Alhamdulillah, terlalu besar rezeki ini. Dapat berjumpa lagi. Kali ini, bersama satu keluarga. Semoga ikatan ini terus berpanjangan," tulisnya.
Adik Miza juga turut beramah mesra bersama keluarga Shuib termasuklah anak-anaknya, Uwais Alqarni, 12, Dzahira Talita Zahra, 10, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan, 2 tahun.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment