"Saya tidak tunjuk pun surat tawaran universiti kepada ibu bapa. Selepas tamat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM), saya memang nak kerja. Ibu bapa saya hidup susah ketika itu dan adik-beradik pun masih bersekolah. Saya menyaksikan sendiri kesusahan ibu dan ayah. Dalam hati memang saya susah berniat untuk cari duit dan membantu keluarga."
Itulah kongsi penyanyi dan usahawan Mila Jirin dimana dia mendedahkan dirinya pernah menolak tawaran menyambung pengajian di sebuah universiti kerana mahu terus bekerja bagi membantu meringankan beban kewangan ibu bapanya ketika itu.
Mila atau nama sebenarnya, Norsyarmila Jirin, 36, berkongsi kisah tersebut dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Khamis.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, juara program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) ini juga percaya perancangan Allah adalah terbaik, meskipun ketika itu dia terpaksa memilih jalan yang sukar.
"Ketika menolak tawaran itu ada juga terdetik dalam hati bagaimana saya boleh menjaga keluarga kalau tidak sambung pelajaran. Namun dalam hati saya hanya berkata perlu dahulukan keluarga. Itulah yang saya bawa sehingga hari ini. Apa pun yang kita buat perlu utamakan keluarga," ujar Mila yang juga akan seorang usahawan berjaya.
"Allah beri peluang untuk saya berbakti kepada keluarga. Umur 18 tahun saya sudah menggalas tanggungjawab menjaga adik-adik. Saya diberi nikmat untuk berkorban. Saya tidak pernah menyesal dengan keputusan sebelum ini," katanya.
________________________
JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!
-
:: FACEBOOK 2 :: FB GROUPS :: INSTAGRAM :: TWITTER ::
:: YOUTUBE :: SANTAI :: SEJARAH MYARTIS ::
No comments:
Post a Comment