01 July 2023

RANCANG NAK TUNAI UMRAH BERSAMA TAK MENJADI - ALIF SATAR BERSYUKUR BERTEMU FAIZAL TAHIR KETIKA TUNAI HAJI



Penyanyi dan pengacara dan pelakon Alif Satar, 32, meluahkan rasa keterujaan apabila berkesempatan menunaikan ibadah haji bersama penyanyi Faizal Tahir yang sudah dianggap seperti abangnya sendiri.
"Momen bersama abang saya, Haji Faizal Tahir. Dari dulu, bersembang fasal hendak buat umrah sama-sama tak pernah menjadi. Rupanya kita cuma merancang tapi Dialah sebaik-baik perancang.

"Melaksanakan ibadah haji ini tidak pernah bincang sama-sama pun dan secara fitrahnya sekarang kami sama-sama berada di Arafah dengan berkat rezeki yang diberikan oleh-Nya.

Klik untuk gambar besar
"Sejak 2006 sampai sekarang dapat menunaikan haji 2023. Allahuakbar, saya akan hargai pengalaman ini selamanya," kata Alif atau nama penuhnya, Muhammad Alif Mohd Satar.

Berkongsi pengalaman mengerjakan wukuf di Arafah dengan cuaca di Tanah Suci ketika ini, Alif menggambarkan perasaan berada di dalam kereta tanpa memasang penghawa dingin.
"Siapa yang ada pengalaman buat haji, memang sudah tahu cuaca di Arafah macam mana. Namun, Alhamdulillah... Allah permudahkan. Kalau nak tahu macam mana rasanya, masuk kereta sewaktu tengah hari tapi jangan pasang penghawa dingin... darab 10 kali," tuturnya.

Pada 21 Jun lalu, Alif berangkat ke Tanah Suci ditemani isteri, Sha Dila Halid untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu bersama-sama.

Untuk makluman, pasangan Alif dan Sha Dila bernikah pada 2014. Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan tiga anak iaitu Alisha Anugerah, 8, Ariana Mecca, 6 dan Muhammad Ali, 4.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: