01 July 2023

DIBERHENTIKAN SECARA TIDAK SAH & SEBELUM KONTRAK TAMAT - BAPA ANZALNA NASIR SAMAN FAHMI FADZIL & FINAS LEBIH RM134,000



"Hari terakhir perkhidmatan saya ialah pada 31 Mei berdasarkan surat yang ditandatangani menteri pada 5 Mei lalu. Finas tidak mempunyai lembaga pengarah yang sah terdiri daripada sekurang-kurangnya sembilan orang pada masa itu, memandangkan hanya empat orang (dan) lembaga itu tidak diberi kuasa untuk mengeluarkan surat penamatan perkhidmatan saya."
Demikian kata Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) iaitu Prof Dr Md Nasir Ibrahim, 62, dimana beliau memfailkan saman terhadap badan itu dan Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di Mahkamah Tinggi susulan dakwaan beliau diberhentikan secara tidak sah dan sebelum kontraknya tamat.

Dalam writ dan pernyataan tuntutan yang difailkan Rabu lalu, Dr Md Nasir selaku plaintif menuntut kira-kira RM134,083 sebagai ganti rugi khas serta faedah lima peratus. Plaintif menamakan Finas, Menteri Komunikasi dan Digital (Fahmi Fadzil) dan juga defendan lain iaitu Datuk Kamil Ahmad Mohd Othman, Mastura Ahmad Mustafa, Noor Azam Shairi serta Idwan Ariff Abdul Rahman sebagai defendan pertama hingga keenam.

Klik untuk gambar besar
Jelas Dr Md Nasir yang juga bapa kepada pelakon Anzalna Nasir itu, dia juga mahu pengisytiharan bahawa surat penamatan 31 Mei lalu yang ditandatangani oleh Pengerusi Lembaga Finas, Kamil Ahmad adalah terbatal dan tidak sah di bawah undang-undang, malah pemberhentian secara salah itu menyebabkan plaintif malu dan mengalami tekanan mental, selain mengalami kerosakan serta kerugian.

Dalam pada itu, Dr Md Nasir yang dilantik atas kontrak dua tahun pada 1 November 2021 itu juga menuntut ganti rugi am dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Menerusi kenyataan tuntutan, plaintif dibayar gaji pokok sebanyak RM20,000 sebulan dan layak menerima elaun dan imbuhan sebanyak RM6,816.67.

Menurut Dr Md Nasir, pelantikannya dikawal oleh Akta Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 dan menteri boleh menamatkan perkhidmatannya dengan memberinya notis 30 hari atau membayarnya sebulan gaji sebagai ganti tempoh notis itu.
Dr Md Nasir mendakwa, beliau diminta keluar (meninggalkan pejabatnya) pada Jun selepas dibayar gaji sebulan, dengan mendakwa penamatan itu berniat jahat dan beliau tidak diberi alasan kukuh untuk penyingkirannya.

Tambah Dr Md Nasir, Fahmi pada 1 Jun lalu memberitahu media keputusan memecatnya dibuat oleh Lembaga Pengarah Finas tanpa sebarang campur tangan daripadanya.

"Bagaimanapun, defendan kedua tidak boleh memberi sebarang nasihat dan arahan kepada defendan pertama kerana defendan pertama tidak mempunyai satu perbadanan yang sah," ujarnya.

Pada 1 Jun lalu, Dr Md Nasir mendakwa ada pihak cuba menjatuhkan kredibilitinya sehingga ditamatkan perkhidmatan dalam notis 24 jam. Beliau memulakan perkhidmatan pada 1 November 2021 yang sepatutnya berakhir pada 31 Oktober depan.

Dr Md Nasir menganggap dia dizalimi apabila perkhidmatannya ditamatkan dalam tempoh 24 jam, malah dia tidak diberi sebarang ruang untuk perbincangan atau peluang membela diri sekiranya keputusan dibuat melibatkan salah laku integriti atau kes jenayah. Tambah beliau lagi, dia juga tidak menolak wujud unsur kroni dalam pentadbiran Finas yang kurang bersetuju dengan pendiriannya sekali gus bersepakat untuk tidak lagi bekerjasama.

Finas dalam kenyataan menyebut, keputusan menamatkan kontrak Dr Md Nasir dibuat sebagai langkah penstrukturan semula badan berkenaan agar dapat membawa perubahan kepada industri perfileman tanah air.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: