01 July 2023

JEP SEPAHTU : "OH SAYA TAK DIJEMPUT"



Kisah perkahwinan pelawak dan penyampai radio, Shuib dan isterinya, Watie Hanifiah menjadi perhatian sejak minggu lalu. Namun ketiadaan Jep Sepahtu di majlis sahabat baiknya itu telah menjadi tanda tanya dalam kalangan netizen.


Bagaimanapun, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila tular baru-baru ini Jep membuat sesi live sekaligus menjelaskan perkara itu selepas ditanya oleh pengikutnya mengapa dia tiada di majlis Shuib.

"Jep kenapa tak pergi kenduri kahwin Shuib?" tanya salah seorang pengikut.

Jep yang bersahaja menjawab pertanyaan itu menededahkan bahawa dia tidak hadir kerana tidak mendapat jemputan daripada Shuib.

"Oh saya tak dijemput," kata Jep yang mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji suami kepada pelakon Sari Yanti ini yang memberikan jawapan tanpa berselindung serta tidak berkias.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, Shuib mengambil keputusan tidak lagi kembali menyertai program Sepahtu Reunion dan sejak itu, hubungan Shuib dengan Jep dikatakan renggang.

Namun begitu, Shuib tampil menyangkal wujud sesi pujuk memujuk agar dia kembali ke pangkuan program berkenaan. Kenyataan itu telah menimbulkan pelbagai presepsi kurang baik tentang mereka berdua.

Susulan itu, Jep mendedahkan Shuib mengundurkan diri selepas insiden dia melakonkan salah satu babak yang didakwa terdapat unsur lucah sehingga menerima kecaman ramai.


Disebabkan itu, Shuib digantung daripada muncul dalam program tersebut, selain diminta membuat permohonan maaf secara terbuka, namun dia tidak dapat menerima keputusan itu.

Pada 23 Jun lalu, Shuib sah menjadi suami kepada usahawan, Watie atau nama sebenarnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Majlis akad nikah itu turut dihadiri rakan-rakan selebriti termasuk Fasha Sandha, Nora Danish, Ustaz Don Daniyal, MK K-Clique, Wan Sharmila dan Marsha Milan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: