01 July 2023

"MASIH MENGHITUNG HARI UNTUK MENYAMBUT ANAK KEDUA" - NEELOFA MASUK WAD UNTUK PEMERHATIAN, BELUM BERSALIN



Ramai menyangkakan kemasukan selebriti dan usahawan popular, Noor Neelofa, 34, ke hospital baru-baru ini kerana sudah selamat melahirkan anak keduanya itu. Bagaimanapun, hal tersebut dinafikan sendiri oleh Neelofa menerusi perkongsian di Instastory.


"Alhamdulillah, keadaan saya semuanya baik dan masih menghitung hari untuk menyambut anak yang kedua. Sebenarnya, saya dimasukkan ke hospital selama beberapa hari atas nasihat doktor dan tujuan pemerhatian kesihatan.

"Insya-Allah, kami akan kongsikan secara official (rasmi) bila sampai waktunya nanti. Mohon semua doakan yang baik-baik," tulis isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Ismail, 28.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, PU Riz ketika dihubungi media menerusi aplikasi WhatsApp memberitahu, Neelofa dan bayi dalam kandungan isterinya berada dalam keadaan baik.

"Isteri memang dimasukkan ke wad maternity (bersalin) tapi untuk pemerhatian doktor," jelasnya.

Sebelum ini, PU Haris memaklumkan Neelofa sudah dimasukkan ke wad bersalin di hospital dan berkongsi khabar gembira itu ketika mengacarakan sebuah program televisyen.

Untuk makluman, Neelofa mendirikan rumah tangga dengan PU Riz pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan anak sulung, Muhammad Bilal pada 29 Januari 2022.


         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: