05 July 2023

KES PUTERI SARAH, IRA KAZAR SELESAI SECARA DAMAI DI LUAR MAHKAMAH



"Mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan pihak-pihak (Puteri Sarah Liyana dan Ira Kazar) pada hari ini di mana mereka menyelesaikan kes secara damai di luar mahkamah.
"Ada perkara yang sulit untuk didedahkan, jadi kes ini diselesaikan secara baik. Kes selesai. Saya mewakili Puteri Sarah selaku plaintif, manakala Ira Kazar sebagai defendan diwakili peguam, Ammar Ghalip," demikian jelas peguam pelakon Puteri Sarah Liyana iaitu Puteri Ummi Kartini Abd Latiff.

Kes saman Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, terhadap bekas madunya, Ira Kazar dan dua ahli keluarganya berhubung gangguan orang ketiga diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Klik untuk gambar besar
Peguam Puteri Sarah berkata, perkara itu dimaklumkan ketika pengurusan kes di hadapan Hakim Norakhmar Mohd Sani. Menurutnya lagi, mahkamah merekodkan penghakiman persetujuan dicapai antara Puteri Sarah selaku plaintif dengan Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghira Fatini Kazaruddin, 28, selaku defendan.

Pada 14 Jun lalu, kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof atau nama penuhnya, Mohd Syamsul Mohd Yusof, 39, dan Puteri Sarah berakhir apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: