05 July 2023

TERIMA PENGIKTIRAFAN DARJAH PJN YANG MEMBAWA GELARAN DATUK - FAUZIAH NAWI LUAH RASA SYUKUR



"Saya tidak pernah mendapat anugerah pelakon terbaik, jadi pengiktirafan ini memberikan erti dan makna yang cukup indah buat saya," kata pelakon veteran, Fauziah Nawi yang meluahkan rasa syukur apabila menerima pengiktirafan Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran Datuk.
Jelas Fauziah, pengiktirafan yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang diterimanya semalam itu merupakan tanggungjawab untuk terus memberikan yang terbaik di masa akan datang.

"Pada awalnya bukan gelaran PJN, namun kemudian saya menerima surat memaklumkan mengenai pengiktirafan diberikan pada hari ini. Alhamdulillah, mujur uniform ketika majlis istiadat berjaya siap pada 1 Julai lalu," ujarnya yang turut bersyukur majlis istiadat berjalan dengan lancar kerana bimbang dengan keadaan kaki kanannya yang tidak mengizinkan.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: