05 July 2023

"SAYA MENYESALI TINDAKAN SAYA" - JOHN DIHANI TAMPIL MUAT NAIK KENYATAAN MOHON MAAF, MAHU BERSEMUKA DENGAN SHUIB



"Assalamualaikum. Saya, John Dihani dengan rendah hati dan penuh penyesalan diatas khilaf yang saya lakukan... Dengan ini ingin membuat permohonan maaf terbuka kepada Abang Shuib dengan penuh ikhlas. berkaitan posting saya pada 30/6/2023 dengan memuat naik gambar poster iklan barang kemas yang memaparkan wajah Abang Shuib.
"Sehingga posting itu mengundang fitnah ke atas dirinya. Dan di sebabkan posting feed IG tersebut juga telah mengundang pengguna-pengguna lain meninggalkan comment di posting tersebut dan tindakan saya mengiyakan comment yg di tinggalkan oleh pengguna-pengguna lain pada posting tersebut sehingga menjerumus dan membawa kepada fitnah pada Abang Shuib dan Arwah Isteri.

"Jauh dan ikhlas di sudut hati... sejujurnya saya menyesali tindakan saya berkongsi posting-posting isu semasa yang berlegar dan yang saya ambil dari posting orang di Facebook tanpa melihat kesan dan akibat dengan perkongsian yang membuta tuli itu pada diri Abang Shuib sekeluarga.

Klik untuk gambar besar
"Kepada Abang Shuib... saya harap Abang Shuib sudi terima kedatangan saya berjumpa Abang Shuib untuk membuat permohonan maaf secara terbuka diatas kekhilafan saya dalam berkongsi posting berkenaan yang boleh menjerumus kepada Fitnah. Yang Ikhlas, John Dihani."

Itulah tulis individu yang menggunakan nama John Dihani dimana dia memuat naik kenyataan di laman Instagram memohon maaf kepada Shuib serta menyesal diatas tindakannya itu, selain turut menyatakan kesediaan berjumpa dengan pelawak dan penyampai radio itu untuk membuat permohonan maaf secara terbuka.

Semalam, Shuib akhirnya bersemuka dengan individu bernama Zulhairi yang menyebarkan fitnah terhadap dirinya dan arwah isterinya, Siti Sarah. Bagaimanapun, Shuib telah memaafkan individu tersebut, namun menegaskan dia bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap pengguna Instagram dikenali John Dihani.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: