30 July 2023

LARA ALANA SAMBUT BIRTHDAY KE-9 BERTEMAKAN 'BARBIE'



Pada 22 Julai lalu, anak sulung kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya iaitu Lara Alana sudah pun genap usia sembilan tahun.
Sempena hari istimewa itu, Awal dan Scha telah mengadakan sambutan hari lahir untuk puteri kesayangan mereka bertemakan 'Barbie' di Pavillion Kuala Lumpur, dimana filem tersebut sedang hangat diperkatakan, selain ia tular di media sosial.

Lebih meriah, Lara menyambut hari lahir yang mendapat sentuhan rona merah jambu bersesuaian dengan tema 'Barbie' itu bersama rakan-rakan di pawagam sambil diserikan dengan pelbagai juadah enak.

Klik untuk gambar besar
Melihat pada perkongsian foto tersebut, wajah comel Lara Alana telah dioles solekan sempena hari lahirnya itu. Dalam pada itu, ketika bergambar dengan ibu tersayang, terserlah wajah manis dan gembira Lara.

Untuk makluman, Lara Alana dilahirkan pada 22 Julai 2014. Lara pernah mencipta fenomena tersendiri apabila mempunyai rancangan televisyen sendiri berjudul Lara Oh Lara yang mengisahkan kehidupan Lara Alana yang dibesarkan oleh kedua-dua ibu bapanya. Rancangan tersebut mempunyai 16 episod dan ditayangkan pada Ogos 2016.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: