30 July 2023

MACAM ADIK-BERADIK - BOB SOKONG ZAHID SERTAI GV MUSIM BARU



Juara Akademi Fantasia musim ke-2 (AF2), Zahid Ahmad Baharudin, 43, bercadang menyertai Gegar Vaganza musim baru sekiranya diberikan peluang untuk menggilap semula popularitinya dikalangan peminat.
Ini kerana Zahid yang aktif di media sosial TikTok, Instagram (IG) dan Twitter itu mengakui popularitinya semakin tenggelam dan perlu mencari formula untuk kembali mendapat tempat dihati peminat.

Perkara tersebut menerima sokongan penyanyi Bob Yusof atau nama sebenarnya, Yusrizan Usop, 42, yang muncul naib juara GV9, dimana dia mengalu-alukan hasrat temannya itu.

Kata Bob, dia bukan sahaja bersimpati dengan nasib Zahid, malah menganggap hubungan mereka seperti adik beradik. Tambah Bob, GV adalah satu platform yang baik untuk penyanyi dan dia sendiri tidak pernah terfikir diberikan peluang menyertainya.

Klik untuk gambar besar
"Kami dah macam abang adik dan kami sentiasa jaga 'circle' kami. Kita faham dan tahu tuntutan rezeki kadang-kadang memang agak susah. Tapi bagi saya, dia kena berbalik kepada apa yang sepatutnya dia buat.

"Dalam industri muzik cabangnya banyak. Ada platform-platform sendiri dan dia kena pilih satu platfofm yang mana dia kena tunjukkan dia tetap relevan dalam industri.

"Saya sentiasa doakan sahabat-sahabat saya dan kawan-kawan yang lain terus sentiasa ada dalam industri. Juga terus sentiasa berkarya dan kekal bertapak dalam industri.
"Ia satu platform yang terbaik untuk kita tukar balik posisi dalam industri muzik. Mungkin selama ini kita dikenali dengan muzik konsep lain tapi di pentas itu dikenali sebagai penyanyi konsep lain pula.

"Mungkin itu satu tahap permulaan yang baik untuk kita. Jadi tak salah jika Zahid nak masuk GV. Sebenarnya banyak lagi platform dia boleh sertai. Sekarang zaman media sosial semua platform dihujung jari boleh digunakan.

"Cuma perlu berikan keyakinan kepada orang diluar sana yang dia masih relevan untuk berada dalam industri. Lakukan sesuatu yang boleh tarik minat orang lain. Sentiasa ada perubahan," ujar Bob yang juga peserta AF2.

         ________________________

JOM LAWAT FACEBOOK TERBARU KAMI :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: